Pembentukan Fosil Dinosaur

  • Kematian dinosaur

Sedimen terkumpul seperti pasir memberi tekanan pada tanah hingga menjadi keras dan lapisan berbatu. Apabila dinosaur mati,badannya mereput dan hanya meninggalkan tulang.

  • Ditimbus sedimen

Lapisan tanah beransur-ansur menutupi tulang dinosaur. Lapisan tanah ini melindunginya daripada pembangkai.

  • Pembentukan fosil

Selepas jangka masa panjang, tulang mula digantikan oleh mineral dan bertukar menjadi fosil keras. Jika sedimen di atas fosil semakin bertambah, fosil akan tertanam lebih dalam malah bentuknya juga menerima tekanan. Itulah sebabnya sesetengah fosil ditemui tidak sempurna.

  • Penemuan fosil

Pergerakan plat tektonik bumi menyebabkan fosil naik perlahan-lahan ke permukaan tanah. Apabila permukaan bumi mengalami hakisan dan luluhawa, fosil akan terdedah. Fosil ini mudah rosak. Jadi ia mesti dijaga dengan teliti dan aktiviti ekskavasi mesti dilakukan dengan berhati-hati bagi mengelak sebarang kerosakan.